Benelli Tornado 302R 2021 di pasaran China

Benelli Tornado 302R 2021 dilancarkan di pasaran China pada bulan April 2021, dalam empat pilihan warna yang menarik. Setakat ini model tahun 2022 telah pun dilancarkan dengan tiga pilihan warna, namun paparan di dalam laman sesawang Benelli China masih lagi menunjukkan model 2021.

Di bahagian enjin, ianya bersesaran 300cc (liquid-cooled, 2-cylinder, 4-stroke, DOHC, 8-valve) dengan sistem transmisi enam kelajuan. Keluaran maksimumnya 38.25hp (28.14kW) @ 11,500rpm dengan tork 26.5Nm @ 10,000rpm. Untuk pasaran Malaysia, belum ada info mengenai kemungkinan pelancarannya.