Model kembara Benelli TRK 502 X 2023 kini telah berada di pasaran Eropah, dengan empat pilihan warna baharu iaitu White, Yellow, Blue dan Anthracite Grey. Berbanding varian standard Benelli TRK 502 2023, varian 502 X ini telah didatangkan dengan beberapa spesifikasi yang lebih menarik.
Antaranya ialah rim roda 110/80-R19 (depan) dan 150/70-R17 (belakang), tayar depan dan belakang jenis dual-purpose, sistem ekzos lebih tinggi, tinggi tempat duduk 840 mm, brek cakera depan jenis petal, talaan sistem brek dan suspensi yang sedikit berbeza, dan juga dilengkapi tongkat tengah.
Di bahagian enjin, Benelli TRK 502 X 2023 dilengkapi enjin 500cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft DOHC) dengan kuasa maksimum 47.6hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 46Nm @ 6,000rpm. Enjin itu dipadankan transmisi enam kelajuan.
Melengkapkan lagi spesifikasinya ialah tangki bahan api 20 liter, fork depan jenis terbalik, suspensi belakang monoshock boleh laras, brek cakera depan berkembar 320 mm (2-piston floating callipers), brek cakera belakang tunggal 260 mm, ABS Dual Channel, dan handlebar dan tuil klac boleh laras.
Selain itu ianya juga dilengkapi dengan skrin penghadang angin yang luas, hand guard, panel meter digital dan analog, dan sistem lampu LED. Di pasaran Malaysia, Benelli TRK 502 X turut ditawarkan oleh MForce Bike. Untuk harga yang tepat, boleh kunjungi cawangan pengedar yang berdekatan.