Triumph Street Triple 765 R 2023 dilancarkan di Malaysia, harga RM 59,900.00

Triumph Motorcycles Malaysia baru-baru ini rasmi melancarkan model terbaharu Triumph Street Triple 765 R 2023 untuk pasaran tempatan, dengan harga asas sebanyak RM 59,900.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

Model tersebut mempunyai dua pilihan warna menarik iaitu Silver Ice dan Crystal Ice, dan dikuasakan enjin bersesaran 765cc (liquid-cooled, 12 valve, DOHC, inline 3-cylinder) dengan transmisi enam kelajuan, Assist & Slipper Clutch, dan juga Triumph shift assist (up and down).

Kuasa maksimumnya 120PS @ 11,500rpm dengan tork puncak 80Nm @ 9,500rpm. Kapasiti tangki bahan apinya 15 liter. Di bahagian suspensi, ianya menggabungkan fork depan Showa (SFF-BP) 41 mm bersama-sama suspensi belakang monoshock Showa, kedua-duanya boleh dilaraskan sepenuhnya.

Melengkapkan ciri-ciri menariknya ialah sistem brek Brembo dengan ABS Dual Channel, sistem lampu LED, panel meter TFT berwarna, Optimized Cornering ABS and switchable Optimized Cornering Traction Control (with IMU), Front Wheel Lift Control, dan empat mod tunggangan iaitu Road, Rain, Sport dan Rider.

Triumph Street Triple 765 R 2023 seterusnya berdiri di atas tayar depan bersaiz 120/70-17 dan tayar belakang bersaiz 180/55-17. Tinggi tempat duduknya mencapai 826 mm, dan berat keseluruhan jentera jalanan yang lincah itu hanyalah 189 kg.