Dalam bulan Mac 2023 yang lepas, pasaran Thailand bukan saja menerima pelancaran model Honda CL300 2023, malah turut menerima pelancaran Honda CL500 2023.
Untuk pasaran Thailand, Honda CL500 mempunyai tiga pilihan warna menarik iaitu Mat Laurel Green Metallic, Mat Gunpowder Black Metallic, dan Candy Energy Orange.
Harga jualan yang ditawarkan untuk model bergaya scrambler itu pula adalah sebanyak THB 226,800, bersamaan nilai RM 29,143.57 mengikut kadar mata wang semasa.
Di bahagian enjin, Honda CL500 dilengkapi enjin 471cc (liquid-cooled, DOHC, 4-stroke, 4-valve, two-cylinder) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 46hp @ 8,500rpm dengan tork setinggi 43.4Nm @ 6250rpm. Model seberat 190 kg itu kemudiannya dilengkapi tangki petrol 12 liter.
Spesifikasi lain pula didapati sama seperti mana model Honda CL300, yang melibatkan sistem suspensi, sistem brek, panel meter, sistem lampu, saiz tayar dan sebagainya.
Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum ada sebarang berita mengenai kemungkinan pelancaran Honda CL500 2023, atau pun pelancaran model Honda CL250 2023.