Di pasaran China baru-baru ini, CFMOTO telah melancarkan model motosikal terbaharu yang cukup menarik, dikenali dengan nama CFMOTO XO Baboon Racer 2023.
Model kompak tersebut turut ditawarkan dalam varian ABS, dan harganya bermula dari hanya CNY 9,680.00, bersamaan RM 6,239.64 mengikut nilai mata wang semasa.
Terkini menurut sumber rasmi dari pengedar motosikal di Malaysia iaitu TR Motorworld baru-baru ini, CFMOTO XO Baboon Racer 2023 akan turut dilancarkan di Malaysia.
Setakat ini untuk pasaran Malaysia, ianya dikatakan akan dikenali dengan nama baharu iaitu CFMOTO Papio XO 125, dengan harga jualan sekitar RM 7k sehingga RM 9k.
Tidak pasti sama ada model itu akan ditawarkan dalam kedua-dua varian iaitu Standard dan ABS, atau hanya varian teratas sahaja yang akan ditawarkan iaitu varian ABS.
Menurut sumber pengedar itu lagi, tempahan untuk model mini berkenaan kini telah pun dibuka, namun tarikh pelancaran rasminya setakat ini masih lagi menjadi tanda tanya.
Sumber : TR Motorworld Branch Cheras FB