CMC Motorcycles pada kelmarin telah mengumumkan jualan untuk model supermotard CMC Tekken 250, pada harga serendah dari RM 4,800.00 sahaja. Namun model yang ditawarkan itu merupakan versi Pre-Registed Raya Sales dengan 0 Mileage, dan ianya hanya tersedia dalam jumlah terhad 20 unit sahaja, bermakna siapa cepat dia dapat.
Menurut CMC Motorcycles lagi, harga RM 4,800.00 itu ialah harga OTR, namun masih tidak termasuk kos insuran. Ini bermakna harga tunai untuk motosikal tersebut termasuk insuran pastinya sekitar RM 5,XXX.00. Harga itu tentunya masih lagi murah berbanding harga jualan asas RM 8,800.00 (sumber dari Mudah.my) bagi model versi unregisted.
Untuk makluman anda, CMC Tekken 250 versi Pre-Registed dalam jumlah terhad 20 unit ini merupakan model yang dilengkapi rim jenis tuangan atau sport rim, dengan tiga pilihan warna kesemuanya iaitu Orange, Green dan Black. Antara ciri-ciri menarik yang lain pada model tersebut ialah panel meter digital, dual exhaust dan pelana yang tinggi.
Di bahagian enjin, CMC Tekken 250 dikuasakan enjin 223cc (4-stroke, air-cooled) yang menghasilkan kuasa maksimum 16.6bhp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 16Nm @ 6,000rpm. Transmisinya ialah enam kelajuan. Spesifikasi lain adalah seperti fork depan terbalik, monoshock dengan Prolink, sistem brek cakera dan tangki bahan api 13.5 liter.
Sumber : CMC Motorcycles FB