Adakah ini spyshot pertama Honda Winner X (Honda RS150R V3) di Malaysia?

Terdapat sekeping gambar spyshot sebuah model motosikal moped yang dikongsikan oleh saudara Ayie Aril di dalam laman Facebook Arena Motosikal. Berdasarkan gambar spyshot berkenaan yang dipercayai dirakamkan di jalan raya Malaysia, model tersebut mirip model Honda Winner X, atau juga dikenali sebagai model Honda RS150R V3.

Jika benar ianya model Honda Winner X yang sedang diuji oleh Boon Siew Honda, ada harapan bahawa model tersebut akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh yang terdekat ini. Mungkin dalam bulan Jun 2021, seperti mana yang disebut-sebutkan sebelum ini. Paling lewat pun pelancaran rasminya mungkin pada hujung tahun ini juga.

Honda Winner X ketika ini hanya dijual di pasaran Vietnam sahaja. Namun ianya juga ditawarkan di pasaran Singapura dan di pasaran Burkina Faso, Afrika, yang dijual oleh pengimport bebas. Apabila dilancarkan di pasaran Malaysia nanti, Honda Winner X ini akan bersaing hebat dengan model Yamaha Y16ZR 2021 yang baru saja dilancarkan.

Artikel berkaitan :

Artikel Popular Minggu Ini :