Syarikat pengeluar motosikal tempatan Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. baru-baru ini telah melancarkan sebuah model terbaharu, yang dikenali dengan nama Aveta VS110. Model kapcai tersebut didatangkan dalam empat pilihan warna yang menarik, dengan harga jualan sebanyak RM 3,588.00 OTR yang pastinya sangat berpatutan.
Aveta VS110 dikuasakan enjin empat lejang bersesaran 113cc dengan sistem sejukan udara, dan masih lagi menggunakan sistem penyampaian bahan api jenis karburetor. Dipadankan dengan transmisi empat kelajuan jenis rotary, enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 6.5hp @ 8,000rpm dan tork maksimum 6.8Nm @ 6,000rpm.
Sistem brek Aveta VS110 merupakan jenis dram di bahagian roda depan dan belakang. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum 4.0 liter, manakala berat motosikal ialah 83 kg (kerb weight). Antara saingan Aveta VS110 2021 di pasaran tempatan ketika ini ialah Modenas Kriss 110 2021, yang dijual dengan harga asas RM 3,877.00.
Sumber gambar : Roadstarmag.com