Pada pertengahan tahun yang lepas, Benelli 302R 2020 untuk pasaran China telah menerima kemaskini skim warna baharu. Kini untuk tahun 2021, terdapat tambahan lagi tiga skim warna terbaharu yang diperkenalkan untuk model tersebut baru-baru ini.
Skim warna terbaharu itu hampir sama dengan model Benelli 302R 2020 di pasaran Eropah, namun dengan perbezaan warna di bahagian rim roda. Untuk pasaran China, ianya dilengkapi rim berwarna hitam dan pasaran Eropah dengan rim berwarna hijau. Selain itu pasaran China juga menerima skim warna tambahan iaitu merah putih.
Spesifikasi untuk Benelli 302R 2021 di pasaran China masih kekal sama seperti model tahun 2020. Dikuasakan enjin 300cc (2-cylinder in-line, DOHC, 8 valves, liquid cooled), ianya menjana 35hp (26kW) @ 12,000rpm dengan tork maksimum 27Nm @ 9,000rpm.
Model sport bike full fairing itu direkodkan mampu mencapai kelajuan maksimum 170 km/j. Tangki bahan apinya mempunyai isian penuh 14 liter. Di bahagian suspensi, model tersebut menggabungkan fork depan USD dengan suspensi belakang jenis monoshock.
Pemberhentian yang lebih selamat seterusnya ditugaskan kepada sistem brek cakera depan berkembar dan cakera belakang tunggal. Tayar depan dan belakang didatangkan dalam siri 110/70-R17 dan 150/60-R17. Berat keseluruhannya ialah 204 kg. Setakat ini tidak pasti bilakah Benelli 302R ini akan menerima rombakan dari segi rekaannya.
Artikel menarik minggu ini :
-
Honda ADV150 2022 diperkenalkan di pasaran USA, pilihan warna baharu Candy Rose Red
-
Kawasaki Ninja 300 BS6 2022 dilancarkan di pasaran India, harga bersamaan RM 17,630.01
-
Honda Wave 125i 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu
-
Spyshot terkini model moped Yingang Flash 150 yang sedang ditunggang uji di Malaysia
-
HLYM siarkan imej teaser terbaharu, adakah ianya mengenai pelancaran Yamaha Y15ZR V3 2021?