Pada pertengahan Disember 2020 yang lepas, Suzuki telah memperkenalkan varian ABS untuk model Suzuki GSX250R 2021 di pasaran domestik Jepun. Model tersebut kemudiannya memulakan jualan secara rasmi pada tarikh 25hb. Disember 2020, di samping varian terdahulu Non-ABS yang masih lagi ditawarkan untuk musim 2021.
Suzuki GSX250R ABS 2021 dan Suzuki GSX250R Non-ABS 2021 didatangkan dalam empat pilihan warna yang sama. Harga untuk varian ABS bagi pilihan warna standard ialah 569,800 Yen (RM 22,196.86) dan 536,800 Yen (RM 20,911.33) untuk varian Non-ABS. Bagi varian ABS dan Non-ABS dalam pilihan warna GP Edition, masing-masing ditawarkan sebanyak 581,900 Yen (RM 22,668.23) dan 548,900 Yen (RM 21,382.69).
Untuk tahun 2021, Suzuki GSX250R 2021 di pasaran domestik Jepun bagi kedua-dua varian ABS dan Non-ABS, kekal dikuasakan enjin bersesaran 248cc (liquid-cooled, 4-stroke, 2-cylinder / SOHC, 2-valve) dengan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 24PS @ 8,000rpm dengan tork puncak 22Nm @ 6,500rpm.
Model sport bike tersebut dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti penuh 15 liter, panel instrumen digital dengan pelbagai informasi, palang pemegang (handlebar) jenis clip-on, lampu depan dengan lampu DRL dan berat 178 kg. Untuk pasaran Malaysia, belum ada sebarang maklumat mengenai kemungkinan model ini akan dilancarkan.
Artikel menarik minggu ini :
-
Honda ADV150 2022 diperkenalkan di pasaran USA, pilihan warna baharu Candy Rose Red
-
Kawasaki Ninja 300 BS6 2022 dilancarkan di pasaran India, harga bersamaan RM 17,630.01
-
Honda Wave 125i 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu
-
Spyshot terkini model moped Yingang Flash 150 yang sedang ditunggang uji di Malaysia
-
HLYM siarkan imej teaser terbaharu, adakah ianya mengenai pelancaran Yamaha Y15ZR V3 2021?