Aveta Ranger 110 2021 kini di pasaran Malaysia, Aveta V5 110 2021 bakal menyusul

Salah sebuah model kapcai terbaharu yang ditawarkan di pasaran tempatan pada ketika ini ialah Aveta Ranger 110 2021. Reka bentuknya boleh dikatakan unik dan lari daripada kebiasaan, namun tidak dinafikan ianya mempunyai identiti yang tersendiri.

Sebelum ini kita semua telah melihat beberapa keping gambar model berkenaan, kini Arena Motosikal siarkan lagi beberapa keping gambar terbaharunya yang memaparkan sudut pandangan yang lebih jelas, dalam tiga pilihan warna merah, biru dan kelabu.

Aveta Ranger 110 dikuasakan enjin 110cc dengan sistem sejukan udara dan kotak gear empat kelajuan jenis berputar. Enjin bertaraf kenderaan cekap tenaga itu menghasilkan kuasa maksimum 7.8hp (5.8kW) @ 7,500rpm dan tork maksimum 7.8Nm @ 6,500rpm.

Untuk anda yang mahukan kelainan, mungkin kapcai Aveta Ranger 110 ini merupakan salah satu pilihan yang bersesuaian. Sementara itu, syarikat Aveta Global Marketing juga dijangka akan melancarkan model baharu iaitu Aveta V5 110 2021 tidak lama lagi.

Setakat ini imej pertama model tersebut telah disiarkan di dalam laman Facebook rasmi Aveta, namun nama sebenarnya ialah sama ada Aveta VS 110 atau pun Aveta V5 110. Untuk kepastian, sama-sama kita tunggu pelancarannya di pasaran tempatan nanti.

Sumber gambar Aveta Ranger 110 : FB Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?