Yamaha TMAX 2021 kini patuh piawaian Euro 5, varian TMAX Tech MAX 2021 terima kemaskini warna baharu

Yamaha TMAX 2021 dan Yamaha TMAX Tech MAX 2021 baru saja diperkenalkan di pasaran Eropah. Kedua-dua model itu kini dilengkapi enjin bersesaran 562cc (4-valves, DOHC, 4-stroke, Liquid-cooled, Parallel twin-cylinder) yang patuh piawaian Euro 5.

Dipadankan dengan transmisi V-Belt Automatic, enjin berkenaan menawarkan kuasa maksimum 47.6PS (35kW) @ 7,500rpm dengan tork puncak 55.7Nm @ 5,250rpm. Ini membolehkan TMAX melakukan pecutan pantas dan mencapai kelajuan yang tinggi.

Bagi model tahun 2021, pilihan dua warna untuk TMAX masih kekal seperti sebelumnya iaitu Icon Grey dan Sword Grey. Bagi model TMAX Tech MAX pula, pilihan warna Tech Kamo terus dikekalkan dan digandingkan dengan pilihan warna baharu Power Grey.

Yamaha TMAX dan TMAX Tech MAX 2021 hadir dengan ciri-ciri seperti fork depan USD 41 mm, brek depan cakera berkembar dan brek belakang tunggal dengan ABS, Traction Control System, sistem D-Mode dengan dua pilihan, sistem kunci pintar Keyless, ruang barangan yang luas, lampu belakang LED dan lampu ‘flasher’ LED di bahagian depan.

Spesifikasi kedua-dua model TMAX adalah sama, cuma bezanya ialah varian TECH MAX dilengkapi dengan sistem cruise control, skrin boleh laras elektrik, cengkaman dan tempat duduk dengan ciri pemanas dan suspensi belakang dengan fungsi pelarasan.

Aspek dimensi memperlihatkan TMAX mempunyai ketinggian tempat duduk 800 mm dan jarak kelegaan bumi minimum 125 mm. Dengan kapasiti tangki bahan api 15 liter, berat basah TMAX dan TMAX Tech MAX masing-masing ialah 218 kg dan 220 kg.