Yamaha Motor Indonesia bakal melancarkan model baharu, adakah ianya Yamaha Aerox 155 generasi baharu?

Yamaha Motor Indonesia kelmarin telah memaparkan teaser berkenaan pelancaran sebuah model terbaharu, yang bakal dilancarkan secara rasmi pada tarikh 02hb. November 2020. Setakat ini hanya paparan lampu depan LED sahaja yang dipamerkan, sama seperti teaser yang dikeluarkan oleh Yamaha Motor Vietnam.

Ini bermakna model terbaharu tersebut akan dilancarkan pada hari yang sama di pasaran Indonesia dan Vietnam. Jangkaan awal ialah model berkenaan merupakan skuter Yamaha Aerox 155 generasi baharu, memandangkan pasaran Indonesia dan Vietnam merupakan antara pasaran skuter terbesar di rantau ASEAN ketika ini.

Jika benar ianya Yamaha Aerox 155 versi 2020 terbaharu, bermakna ianya akan hadir dengan beberapa perubahan terkini termasuk ciri-ciri yang lebih canggih dan berguna untuk kemudahan pemiliknya. Di pasaran negara kita Malaysia, Yamaha Aerox 155 dikenali dengan Yamaha NVX, sama seperti Yamaha NVX Doxou 2019 ini.