Yamaha NVX Doxou 2019 diperkenalkan di pasaran Malaysia, harga RM 10,688.00

Bertempat di acara Yamaha Gen Blu Carnival yang berlangsung di MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park), Serdang, Selangor pada tarikh 04hb. Ogos 2019 yang lalu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) secara rasminya memperkenalkan model edisi terhad Doxou untuk skuter premium edarannya – Yamaha NVX.

Yamaha NVX Doxou model tahun 2019 itu hadir dengan gabungan warna eksklusif Matte Blue dan Sakura Copper, menjadikan penampilannya lebih bergaya dan tersendiri berbanding NVX versi standard. Harga yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah sebanyak RM 10,688, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Dari segi spesifikasi, ianya masih sama seperti model standard, dilengkapi enjin Blue Core bersesaran 155cc (Single Cylinder, Liquid Cooled, 4-Stroke, SOHC, VVA) yang menjana kuasa maksimum 14.8hp (11kW) @ 8,000rpm dengan tork maksimum 13.8Nm @ 6,250rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan kotak gear CVT.

Yamaha NVX Doxou menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik seperti panel meter LCD berukuran 5.8 inci, fork depan dengan diameter 26 mm untuk lebih kestabilan, ruang storan mini dengan soket pegecas, lampu depan dan belakang LED, sistem brek ABS dan suspensi belakang berkembar sporty yang menjamin kestabilan tunggangan.

Selain itu, skuter berprestasi berkenaan turut dilengkapi tayar tanpa tiub, sistem kunci pintar, ruang seluas 25 liter di bawah tempat duduk, tangki bahan api dengan tudung penutup, sistem henti dan mula (Stop & Start System) yang membantu menjimatkan penggunaan bahan api, serta tangki bahan api dengan isian maksimum 4.6 liter.

Untuk menjadikan pemilikan Yamaha NVX Doxou edisi terhad ini lebih eksklusif, HLYM telah menawarkan kepada setiap pembeli set hadiah eksklusif Doxou (Exclusive Doxou Gift Set) yang merangkumi sijil pemilikan, fon kepala Doxou dan rantai kunci Doxou.

Artikel berkaitan : Yamaha NVX 2020 kini tiba dengan tiga warna baharu

(Visited 133 times, 1 visits today)