Ducati Streetfighter V4 S 2021 diperkenalkan dengan skim warna ‘Dark Stealth’ dan enjin bertaraf Euro 5

Ducati baru-baru ini memperkenalkan Ducati Streetfighter V4 S 2021 terbaharu, kini tampil dengan pilihan warna ‘Dark Stealth’ yang merupakan tambahan kepada warna terdahulu Ducati Red. Pada masa yang sama, semua model Ducati Streetfighter V4 bagi model tahun 2021 kini dilengkapi enjin bertaraf Euro 5 yang lebih bersih.

Menurut Ducati, jumlah keluaran kuasa dan tork untuk Streetfighter V4 Euro 5 tidak berubah, namun tahap putaran enjin telah ditetapkan semula. Kuasa maksimum 208hp kini pada 13,000rpm, 250rpm lebih tinggi berbanding versi Euro 4, sementara tork 123Nm kini berada pada 9,500rpm, 2,000rpm lebih rendah berbanding versi Euro 4.

Perubahan yang dilakukan itu melibatkan penggunaan ekzos terbaharu dan kalibrasi semula enjin agar ianya mematuhi piawaian emisi Euro 5 yang lebih ketat berbanding piawaian Euro 4. Sistem brek depan untuk kesemua model Streetfighter V4 2021 juga kini telah dipertingkatkan, seperti mana penjelasan daripada Ducati seperti berikut :

All Streetfighter V4 models in the 2021 range are fitted with new front brake and clutch pumps, both self-bleeding and derived from those used for the first time on the Superleggera V4. The body of the new pumps has been designed with a configuration that allows a ‘natural’ bleeding, thus eliminating the need to intervene on the system in the event of air present in the circuit.

Untuk pasaran Eropah, Ducati Streetfighter V4 2021 termasuk model V4 S dengan warna ‘Dark Stealth’ akan dijual mulai bulan November 2020. Untuk pasaran Malaysia pula, Ducati Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S 2020 baru saja dilancarkan, masing-masing ditawarkan pada harga RM115,900.00 dan RM145,900.00.

(Visited 61 times, 1 visits today)