Web Analytics
Yamaha TZR250 1986 di pasaran Malaysia, harga RM 15,489.79 – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Yamaha TZR250 1986 di pasaran Malaysia, harga RM 15,489.79

Baru-baru ini setelah melihat maklumat di dalam majalah Roda-Roda, keluaran tahun 1986 kalau tidak silap, terdapat paparan harga untuk model Yamaha TZR250 di pasaran Malaysia. Kebetulan model full fairing berkenaan sememangnya dilancarkan di pasaran domestik Jepun dengan kod model 1KT pada tahun 1986.

Untuk pasaran tempatan di negara kita, Yamaha TZR250 model tahun 1986 itu ditawarkan pada harga sebanyak RM 15,489.79 sahaja. Tidak pasti sama ada harga tersebut berpatutan atau pun tidak berdasarkan nilai mata wang ketika itu. Boleh jadi agak mahal kerana mungkin ianya produk import dari negara Jepun.

Spesifikasi enjinnya bersesaran 250cc dan mengeluarkan kuasa maksimum 45hp, dan dilengkapi dua sistem ekzos di bahagian kanan dan kirinya. Enjin dua lejangnya itu turut dilengkapi teknologi YPVS (Yamaha Power Valve System) yang canggih, bertujuan untuk meningkatkan lagi kuasanya pada RPM yang lebih tinggi.

Ketika ini Yamaha TZR250 1KT di negara kita boleh dikatakan agak sukar ditemui, dan kebiasaannya hanya dimiliki oleh golongan peminat yang bertaraf pengumpul koleksi dan meminati model-model klasik dan retro sahaja. Khas untuk anda dihujung minggu ini, saksikan gambar-gambar menarik model berkenaan dalam galeri di bawah,

 
Arena Motosikal © 2023