Untuk pasaran Malaysia, WMoto menawarkan sebuah model kapcai yang tampil sporty sejak penghujung tahun 2019 yang lalu. Ianya dikenali dengan nama WMoto WM110, didatangkan dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Biru, Merah dan Hitam. Harga terkininya menurut sumber dari laman Mudah.my adalah sekitar RM 3,200.00 sahaja.
Tag: WMOTO
WMoto Malaysia siarkan bayangan rasmi model skuter baharu yang bakal dilancarkan esok
WMoto Malaysia sejak beberapa hari yang lalu rancak menyiarkan teaser demi teaser berkenaan sebuah model baharu yang bakal dilancarkan. Akhirnya teaser terakhir yang disiarkan pada hari ini jelas menunjukkan paparan sebuah model skuter terbaharu, dan sekali pandang ianya dijangkakan sebuah model skuter maxi dengan enjin 250cc.
WMoto Malaysia akan melancarkan model baharu pada 14hb. Mac 2021, bakal mencabar Modenas Elegan 250 ABS?!!!
WMoto Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan sebuah model baharu, pada tarikh 14hb. Mac 2021 (Ahad). Pelancaran model tersebut boleh disaksikan secara langsung melalui saluran YouTube MForce TV dan juga melalui laman Facebook rasmi WMoto Malaysia, bermula jam 8.00 malam.
WMoto Malaysia bakal melancarkan model baharu bersaiz besar pada bulan Mac 2021
WMoto Malaysia telah membuat pengumuman rasmi melalui paparan teaser seperti di atas, bahawa syarikat pengeluar motosikal tempatan itu akan melancarkan sebuah model baharu dalam saiz yang besar. Adakah ianya sebuah model motosikal berkuasa tinggi, atau sebuah model skuter maxi yang didatangkan sesaran enjin yang besar?
Galeri gambar-gambar menarik skuter WMoto ES125 2021
WMoto Malaysia baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model skuter terbaharu WMoto ES125 2021. Model tersebut didatangkan empat pilihan warna menarik seperti Merah, Kelabu dan Hitam untuk versi Standard, dan Biru Turquoise untuk versi Special Edition (SE). Harga asasnya ialah RM 4,588.00 (Standard) dan RM 4,888.00 (SE).





