WMoto Malaysia sebelum ini telah dilaporkan bakal melancarkan model skuter terbaharu WMoto Xtreme 250 2022, yang diasaskan daripada model skuter Longjia XDV300i 2022 yang baru-baru ini diperkenalkan di pasaran China. Selain itu sebuah lagi model motosikal keluaran Longjia dijangka akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Tag: Longjia
Longjia XDV300i 2022 muncul di pasaran China, bayangan awal untuk versi 250cc di pasaran Malaysia
Sebuah lagi model skuter terbaharu bergaya adventure muncul di pasaran China iaitu Longjia XDV300i 2022. Model ini dikatakan bakal dilancarkan secara rasmi dalam bulan Februari 2022 akan datang. Apa yang menariknya mengenai model Longjia XDV300i ini ialah reka bentuk dan gayanya yang diinspirasikan daripada model Honda ADV150.
Gambaran model terbaharu Honda ADV350 terdedah, adakah ianya bakal mempunyai kembar seiras di negara China?
Sejak beberapa bulan yang lalu, terdengar desas-desus yang mengatakan Honda akan melancarkan model skuter terbaharu Honda ADV350. Setakat ini khabar angin tersebut boleh dikatakan tepat, setelah bocornya dokumen pendaftaran nama baharu ADV350, yang telah pun didaftarkan oleh Honda Motor Co., Ltd. pada tarikh 06hb. April 2021.



