Pada bulan Februari 2022 yang lalu, Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan model terbaharu Honda EX5 Limited Edition 2022. Model tersebut tampil dengan satu pilihan warna tunggal Extravagant Gold Metallic, dan ditawarkan dengan harga asas sebanyak RM 5,198.00 sahaja (tidak termasuk kos insuran, cukai jalan dan pendaftaran).
Tag: Honda EX5
Honda EX5 Edisi Terhad 2022 diperkenalkan, hanya 2,000 unit, harga asas RM 5,198.00
Boon Siew Honda hari ini secara rasminya melancarkan model kapcai Honda EX5 Edisi Terhad 2022, dalam jumlah 2,000 unit sahaja untuk pasaran Malaysia. Model berstatus legenda itu ditawarkan dengan harga jualan asas RM 5,198.00 (tidak termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran), dan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km perbatuan.
Boon Siew Honda memperkenalkan Honda EX5 2021 Edisi Ulang Tahun Ke-35 (35th Anniversary Edition)
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. hari ini rasmi memperkenalkan model ikonik Honda EX5 2021 Edisi Ulang Tahun Ke-35 untuk pasaran Malaysia. Boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Euphoria Red Metallic dan Pearl Nightfall Blue, model tersebut juga tersedia dalam dua pilihan varian iaitu dengan rim roda tuangan dan rim roda jejari.
Honda Dream 125 di pasaran Kemboja, dilengkapi enjin 125cc dengan penampilan yang elegan
Honda EX5 Dream 100 versi New Old Stock masih di pasaran
Model motosikal kapcai bertaraf legenda Honda EX5 High Power 100 dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 1987. Kemudiannya pada tahun 2003, model tersebut digantikan oleh model generasi baharu Honda EX5 Dream 100, namun masih mengekalkan reka bentuk yang sama kecuali mempunyai perbezaan di bahagian enjin.
Boon Siew Honda perkenal EX5 baharu model tahun 2020
Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda EX5 model tahun 2020, yang kini disegarkan semula penampilannya melalui penggunaan grafik dan jalur rekaan baharu yang tersendiri. Honda EX5 sememangnya sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, kerananya cirinya yang tahan lasak, mudah dikendalikan dan boleh dipercayai.






