Pada tahun 2005, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. menawarkan model Honda Wave 100 yang didatangkan dengan empat pilihan warna menarik. Empat pilihan warna itu ialah Kuning, Biru, Perak dan Hitam. Warna paling menyerlah sudah tentulah warna Kuning yang terang, mungkin ianya eksperimen berani daripada pihak Boon Siew Honda.
Tag: Boon Siew Honda
Honda Winner X 2021 versi Repsol Edition dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia
Model moped terbaharu Honda Winner X atau Honda RS150R V3 2021 dikhabarkan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Antara pilihan warna yang dijangka akan ditawarkan untuk model yang dinanti-nantikan itu ialah Repsol Edition, sama seperti yang ditawarkan untuk model Honda RS150R Repsol Edition 2020.
Lagi spyshot Honda Winner X di Juru, Pulau Pinang
Model moped yang dinanti-nantikan selama ini Honda Winner X (Honda RS150R V3) dijangka bakal dilancarkan sekitar bulan Jun atau Julai 2021 akan datang. Pada ketika ini pihak Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) sedang rancak menjalankan ujian jalan raya terhadap model tersebut, berdasarkan paparan gambar spyshot baru-baru ini.
Honda CBR600RR 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM98,888.00
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. hari ini dengan rasminya melancarkan model Super Sport kelas pertengahan Honda CBR600RR 2021 untuk pasaran Malaysia. Harga asasnya ditetapkan sebanyak RM 98,888.00, dengan tempoh jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000 km. Model tersebut hanya tersedia dalam warna tunggal Grand Prix Red.
Honda Winner X versi Malaysia, berasal dari Honda RS150R
Model moped terbaharu Honda Winner X 2021 dijangka bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh terdekat ini. Buktinya ialah model tersebut ketika ini telah pun menjalani ujian jalan raya di sekitar kawasan Pulang Pinang, tidak jauh dari kilang Boon Siew Honda yang terletak di Kawasan Perindustrian Batu Kawan, Simpang Ampat.
Spyshot Honda Winner X (Honda RS150R V3) di Malaysia, pelancaran dijangka pada bulan Jun atau Julai 2021
Model moped Honda Winner X yang ketika ini dijual secara rasmi di pasaran Vietnam bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Buktinya ialah melalui gambar spyshot model tersebut yang sedang ditunggang uji di jalan raya Malaysia sebelum ini, yang dipercayai dilakukan oleh pihak Boon Siew Honda di Pulau Pinang baru-baru ini.






