Baru-baru ini timbul lagi isu panas mengenai cadangan pengharaman motosikal kapcai atau moped di pasaran Malaysia. Cadangan separuh masak itu telah dilontarkan oleh seorang ‘pakar’ dengan alasan motosikal kapcai menjadi antara penyebab paling utama berlakunya peningkatan kadar kematian di kalangan pengguna motosikal tempatan.
Category: Isu Semasa
Harga tunai Yamaha Y15ZR V2 masih sekitar RM 9,500.00, siapa yang untung selepas pengecualian duti eksais?
Pada bulan Mac 2021 yang lepas, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan insentif pengecualian duti eksais 100 peratus untuk motosikal versi pemasangan tempatan atau CKD dengan enjin di bawah 150cc, bagi tempoh 01hb. April sehingga 31hb. Disember 2021. Pengecualian cukai itu diperkenalkan kerajaan di bawah insentif PEMERKASA.
Adakah ini senarai baru harga motosikal di pasaran Malaysia selepas pengecualian duti eksais?
Seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pengecualian duti eksais 100 peratus untuk motosikal versi pemasangan tempatan atau CKD dengan enjin di bawah 150cc, bagi tempoh 01hb. April sehingga 31hb. Disember 2021. Pengecualian cukai itu diperkenalkan kerajaan di bawah insentif PEMERKASA.



