Category: Honda

Honda NX500 2024 kini di pasaran USA, harga $7,399.00

Selain model sports Honda CBR500R 2024 dan model naked Honda CB500F 2024, pasaran USA baru-baru ini turut menerima pelancaran rasmi model adventure Honda NX500 2024. Model berkenaan kini tampil berwajah baharu, dan ianya merupakan kesinambungan kepada model terdahulu Honda CB500X. Hanya satu pilihan warna yang tersedia iaitu Matte Black Metallic.

Honda CB500F 2024 kini di pasaran USA, harga $6,899.00

Pada tarikh 1 Mei 2024 baru-baru ini, model naked terbaharu Honda CB500F 2024 secara rasmi diperkenalkan di pasaran USA. Tampil dengan satu skim warna sahaja iaitu Matte Black Metallic, harganya ditawarkan sebanyak $6,899.00 (RM 32,696.02). Model berkenaan dikuasakan enjin dua silinder yang bersesaran 471cc, sama seperti enjin pada model Honda CBR500R 2024.

Honda CBR500R 2024 tiba di pasaran USA, harga $7,399.00

Pasaran USA kini rasmi menerima ketibaan model sport bike terbaharu Honda CBR500R 2024. Tampil berwajah baharu, Honda CBR500R 2024 kini dilengkapi lampu depan LED dan fairing rekaan baharu, panel TFT berwarna 5.0 inci dengan sistem Honda RoadSync, Handle Switch with Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan Taillight with Emergency Stop Signal (ESS).