Category: CFMOTO

CFMOTO 250CL-C 2024 dilancarkan di pasaran China

Selepas model CFMOTO 450CL-C 2024, kini pasaran China telah menerima pelancaran rasmi model CFMOTO 250CL-C 2024. Bezanya ialah model tersebut kini dilengkapi enjin bersesaran 249cc yang menghasilkan 24.8hp (18.5kW) dengan tork 20.5Nm. Pilihan warna yang ditawarkan tiga kesemuanya, manakala harganya ditetapkan sebanyak CNY 14,980.00 (RM 9,757.19).