Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026) lancar di Vietnam, spesifikasi penuh, harga dan ciri terkini

Vietnam menjadi negara pertama menerima barisan model supermoped paling canggih Yamaha dalam kelas 155cc iaitu Yamaha Exciter 155 VVA TCS edisi 2026.

Yamaha Exciter juga dikenali sebagai Yamaha Y16ZR di Malaysia, Yamaha MX King di Indonesia dan Yamaha Sniper 155 di Filipina. Adakah ini akan dikenali sebagai Yamaha Y16ZR V3?

4 Varian Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026)

Yamaha Exciter 155 VVA TCS edisi 2026. Y16ZR V3

Untuk edisi 2026, Yamaha Exciter 155 VVA TCS hadir dengan empat varian untuk pasaran Vietnam iaitu Standard, Premium, SP Edition dan Limited Edition.

Varian Standard adalah model asas (basic model) untuk keseluruhan rangkaian Exciter 155 VVA TCS (2026). Versi paling perdana ialah Limited Edition.

Standard menggunakan cakera depan lebih kecil dan cuma ada brek kaliper 1-piston depan berwarna hitam. Varian lain (versi tertinggi) menggunakan cakera lebih besar, kaliper 2-piston dengan angkup brek berwarna emas.

Standard juga tiada brek ABS macam dua varian lain. Standard juga menggunakan anak kunci dan bukan keyless macam tiga versi lain. Dan tidak didatangkan dengan soket 12V.

Yamaha Exciter 155 VVA TCS juga dilengkapi meter LCD, sistem kawalan cengkaman (TCS), boleh disambung kepada aplikasi Yamaha Motor On, klac Assist & Slipper, suis matikan enjin (kill switch). Ciri ini bergantung dan mengikut varian tertentu (model Limited dan SP dapat semua ciri).

Harga Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026)

Berikut ialah harga Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026) yang diumumkan Yamaha Motor Vietnam:

senarai harga yamaha exciter 155 vva tcs abs vietnam Standard: 49,900,000 VND Premium: 54,900,000 VND SP Edition: 59,900,000 VND Limited: 60,900,000 VND

Warna Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026)

Ini adalah senarai warna mengikut varian Yamaha Exciter 155 VVA TCS edisi 2026 di Vietnam:

Standard

Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026) Standard

Didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu skim merah hitam, hitam putih, hitam kelabu dan biru hitam.

Premium

Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026) Premium

Varian pilihan Premim adalah sama macam versi Standard iaitu 4 – merah hitam, hitam putih, hitam kelabu dan biru hitam.

SP Edition

Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026) SP Edition sPECIAL

Varian SP Edition juga empat warna namun nampak lebih menonjol iaitu oren perak, hitam kuning, biru putih dan kuning kelabu.

Limited Edition

Versi ini hanya didatangkan dengan satu warna iaitu GP Biru.

Spesifikasi & Perbandingan 4 Varian Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026)

Ini adalah perbandingan spesifikasi antara empat varian Yamaha Exciter 155 VVA TCS (2026) yang diperkenalkan di Vietnam. Perbezaannya lebih tertumpu kepada aspek berat motosikal dan sistem brek.

Galeri Gambar Standard

Galeri Gambar Premium

Galeri Gambar SP Special

Galeri Gambar Limited