Suzuki V-Strom 1050 alami transformasi warna di Malaysia, harga badan RM78,900

Suzuki Malaysia mengumumkan model Suzuki V-Strom 1050 M6 sudah memasuki pasaran Malaysia dengan pilihan warna dan grafik badan baharu.

Mesej yang dikirim Suzuki Malaysia menyenaraikan tiga pilihan warna untuk motosikal adventure touring Suzuki V-Strom 1050 iaitu:

  • Kelabu (Metallic Oort Gray)
  • Hijau (Metallic Mat Steel Green)
  • Hitam (Glass Sparkle Black)

Harga badan yang diumumkan ialah RM78,900 dan ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran dan bukan harga untuk Sabah dan Sarawak.

Setiap pembelian akan disertakan dengan set kotak simpanan sisi (side panniers) Suzuki berwarna perak.

Ini perincian dan spesifikasi Suzuki V-Strom 1050 M6:

  • Enjin V-Twin 1,037cc 90° DOHC dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Jangkaan output kuasa 79kW (105hp) @ 8,500rpm.
  • Anggaran tork puncak 100Nm @ 6,000rpm.
  • Kotak gear manual 6 kelajuan dengan Quickshifter atas-bawah.
  • Instrumen meter TFT 5 inci berwarna.
  • Sistem lampu LED penuh.
  • Penghadang angin boleh laras secara manual.
  • Fork depan jenis terbalik KYB, suspensi belakang jenis monoshock.
  • Tinggi tempat duduk: 855mm
  • Jarak lega bumi: 165mm
  • Tangki minyak 20 liter.
  • Berat kasar: 242kg
  • Rim depan 19 inci tayar 110/80.
  • Rim belakang 17 inci tayar 150/70.
  • Ada sistem Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.)