KYMCO AK550 Premium (CKD) kini berharga asas RM55,888!

kymco ak550 premium ckd modenas

Modenas mengumumkan harga baharu skuter KYMCO AK550 Premium versi pemasangan tempatan (CKD) sebanyak RM55,888 tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan.

KYMCO AK550 Premium adalah produk pemasangan di kilang Modenas di Gurun, Kedah dan dikatakan sebagai satu usaha Modenas untuk menambah baik saingan produk di pasaran tempatan.

Model AK550 Premium pada awalnya diperkenalkan ke pasaran Malaysia sebagai produk import (CBU) dengan harga RM65,600 pada tahun 2024.

PERBEZAAN HARGA BADAN

  • KYMCO AK550 Premium (CBU) 2024: RM65,600
  • KYMCO AK550 Premium (CKD) 2025: RM55,888
  • Perbezaan: RM9,712

Modenas menjelaskan kadar harga CKD baharu dikuat kuasa serta-merta dan unit-unit CKD akan berada di semua rangkaian pengedar Modenas dan KYMCO di seluruh negara.

Tiada perubahan spesifikasi, sama seperti model semasa. Pilihan warna kekal dua iaitu hitam (Black) dan coklat (Flat Brown).