QJMOTOR SRK 250 RD (2026): Sportbike 4 dapur 250cc sarat ciri canggih, harga badan RM21,888

QJMOTOR SRK 250 RD

Selepas diumumkan di Taizhou, Zhejiang di China pada November lalu, akhirnya sportbike 4-silinder QJMOTOR SRK 250 RD mula diedarkan ke rangkaian pengedar MForce Bike Holdings di seluruh negara.

Kedatangan QJMOTOR SRK 250 RD akan menyaksikan persaingan 1 lawan 1 dalam kelas 4-silinder 250cc dengan model Modenas Ninja ZX-25R iaitu sportbike penjenamaan semula Kawasaki yang dilancarkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada September 2023.

Sekadar makluman, Modenas Ninja ZX-25 ada dua versi di Malaysia iaitu Ninja ZX-25RR dan Ninja ZX-25R SE.

Pun begitu, hanya dua jenama iaitu QJMOTOR dan Modenas-Kawasaki akan berentap dalam segmen ini.

PERINCIAN QJMOTOR SRK 250 RD (2026)

  • Ada tiga pilihan warna iaitu White, Red dan Black
  • Harga badan RM21,888 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.
  • Jaminan pengeluar selama 2 tahun tanpa had.
  • Banyak ciri teknologi menarik seperti:
    • Meter TFT
    • Soket USB Type-A dan Type-C
    • Lampu LED penuh termasuk DRL
    • Traction Control System (TCS) boleh dinyah aktif
    • Kamera dashcam depan dan belakang
    • Action Camera Control
    • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
    • Winglet
    • 2 mod tunggangan (Normal dan Sport)
    • Ada Launch Control boleh laras.
    • Sambungan Bluetooth
    • Aplikasi pihak ketiga Carbit Ride, Screen Mirroring untuk Android dan iOS, sistem navigasi dan juga mesej notifikasi.

SPESIFIKASI QJMOTOR SRK 250 RD

  • Enjin jenis 4-silinder sebaris (4-inline) 249cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api (FI)
  • Kotak gear 6 kelajuan klac manual
  • Kuasa maksimum: 40hp pada 15,500rpm
  • Tork puncak: 22Nm pada 12,500rpm
  • Tinggi tempat duduk 795mm
  • Panjang: 2,020mm
  • Lebar 755mm
  • Tinggi 1,170mm
  • Jarak dari bumi 150mm
  • Berat kasar 16.5 liter
  • Tayar depan 110/70 – 17
  • Tayar belakang 150/60 – 17
  • Sistem brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang
  • Tempat duduk terpisah antara penunggang dan pembonceng
  • Fork depan jenis terbalik (USD fork) dan penyerap hentak tunggal (monoshock) di belakang

VIDEO BERKAIT QJMOTOR SRK 250 RD

Pengumuman kedatangan QJMOTOR SRK 250 RD di Malaysia

Belanja bunyi QJMOTOR SRK 250 RD

Preview QJMOTOR SRK 250 RD pertama di Malaysia