
Morbidelli Malaysia sudah mengesahkan pihaknya akan memperkenalkan motosikal adventure kelas suku liter iaitu Morbidelli T252X di pasaran tempatan tidak lama lagi.
Motosikal ini adalah antara barisan model yang dipertontonkan kepada kru kami semasa menyertai lawatan ke China selain siri T250X, T502X dan F252.
Morbidelli T252X dilihat sebagai model adventure pertengahan yang diposisikan di atas varian T250X. Perbezaannya juga ketara kerana model ini menggunakan enjin dwi-silinder dengan sistem penyejukan cecair.
Di bawah ini ialah harga, perincian dan spesifikasi Morbidelli T252X yang diumumkan semasa kru kami menyertai lawatan MForce Bike Holdings (MForce) ke China baru-baru ini.
Perlu diingatkan, spesifikasi ini mungkin berubah jika masuk Malaysia dan kalau ada perubahan, MForce akan memaklumkan nanti.
HARGA
- Morbidelli T252X akan ditawarkan dengan harga badan RM16,888. Harga ini tidak termasuk kos insurans, pendaftaran dan cukai jalan.
WARNA
- Ada dua warna disediakan untuk Morbidelli T252X iaitu Black dan White.
PERINCIAN
- Jaminan waranti tanpa had perbatuan untuk tempoh dua tahun
- Meter digital 7 inci dengan sambungan aplikasi dan telefon pintar
- Ada Sistem Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang.
- Ada tiga kotak simpanan.
- Ada tiga mod tunggangan iaitu Standard, Sport dan Off-road
SPESIFIKASI MORBIDELLI T252X
- Enjin 2-silinder sebaris DOHC 8 -injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api
- Kapasiti enjin 249.5cc
- Gerek x lejang: 61.5mm x 42mm
- Nisbah mampatan: 11.2:1
- Kuasa maksimum: 23.5kW (31.5hp) @ 11,000rpm
- Tork puncak: 21Nm @ 9,500rpm
- Kotak gear klac manual 6 kelajuan dengan tambahan ciri Klac Slipper
- Enjin dihidupkan dengan butang pemula dan menggunakan sistem pencucuhan TCI
- Fork depan jenis terbalik (USD), jarak travel (gerak) 160mm
- Absober belakang jenis monoshock dengan sambungan Pro-Link, jarak travel (gerak) 56mm
- Brek depan jenis cakera tunggal 300mm, brek belakang juga cakera tunggal berukuran 240mm
- Saiz tayar depan 110/80-19
- Saiz tayar belakang 150/60-17
- Panjang 2,120mm
- Lebar 840mm
- Tinggi 1,210mm
- Tinggi pelana 820mm
- Jarak Roda 1,405mm
- Jarak bumi 180mm
- Berat kasar 180kg
- Kapasiti Tangki Bahan Api 18 Liter





























