CFMOTO 450CL-C AMT (2025): Cruiser transmisi hibrid mula sertai barisan model CFMOTO

Segmen motosikal cruiser dunia semakin berkembang dengan penyertaaan pengeluar-pengeluar dari China.

Bukan hanya mempertaruhkan model baharu tetapi pemain-pemain di China membuat beberapa penambahbaikan untuk membolehkan cruiser meneroka potensi pasaran yang lebih besar terutamanya memikat pelanggan baharu.

Antara penambahbaikan dibuat ialah memudahkan aspek tunggangan dengan pengenalan sistem transmisi hibrid iaitu AMT (Automated Manual Transmission).

Antara model dari China yang menggunakan sistem AMT di Malaysia ialah WMOTO Cruiser AMT 125 (2025) dan QJMOTOR SRV 250 AMT.

Terbaharu di China, CFMOTO menyertai rakan senegara mereka untuk menawarkan sistem transmisi AMT dengan pengenalan varian baharu iaitu CFMOTO 450CL-C AMT.

Model ini dilancarkan di China pada Oktober 2025 dengan harga ¥23,980 (anggaran RM13,929) dengan tiga warna pilihan iaitu putih (Ivory White), hitam (Nebula Black) dan hijau (Teal Green).

CFMOTO 450CL-C AMT (2025)

Ada potensi masuk Malaysia? Kru kami merasakan ya tetapi tetap kena tunggu pengumuman rasmi daripada CFMOTO Malaysia.

PERINCIAN TENTANG CFMOTO 450CL-C AMT (2025)

  • Motosikal cruiser enjin 2-silinder sebaris dengan transmisi AMT
  • Menawarkan tunggangan cruiser klasik moden tanpa perlu mengawal klac secara manual sepenuhnya.
  • Memudahkan tunggangan di kawasan bandar dengan aliran trafik tinggi.
  • Sistem AMT mengekalkan aspek mekanikal kotak gear 6-kelajuan tetapi tiada tuil klac tangan. Hanya pulas dan tunggang.
  • Ada tiga mod tunggangan iaitu:
    • D Mod (Drive) – peralihan kelajuan secara lancar dan relaks untuk kegunaan harian.
    • DS Mod (Dynamic Sport) – penukaran gear secara pantas dengan respons lebih baik
    • M Mod (Manual) – kawalan penukaran gear secara manual sepenuhnya menggunakan jari
  • Penukaran gear berlaku pantas iaitu hanya 0.12 saat
  • Mendapat saiz cakera brek belakang lebih besar iaitu 240mm untuk daya membrek lebih baik.
  • Kemas kini butang dan bentuk tuil gear tangan untuk keselesaan penunggang.

SPESIFIKASI CFMOTO 450CL-C AMT (2025)

  • Enjin 2 silinder sebaris DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api
  • Kapasiti 449cc
  • Kuasa maksimum: 30kW @ 8,000rpm
  • Tork maksimum: 42Nm @ 6,250rpm
  • Nisbah mampatan: 11.5:1
  • Transmission: 6-kelajuan AMT, multi-plet klac basah
  • Fork depan jenis terbalik 37mm, jarak travel 130mm
  • Suspensi belakang jenis monoshock, jarak travel 96mm
  • Brek cakera depan 320mm dengan kaliper J.Juan
  • Brek cakera belakang 240mm kaliper J.Juan
  • Saiz tayar depan: 130/90 – 16
  • Saiz tayar belakang: 150/80 – 16
  • Ada Sistem Brek Anti-Kunci depan belakang dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Panjang 2,205mm
  • Lebar 805mm
  • Tinggi 1,110mm
  • Jarak roda 1,485mm
  • Tinggi pelana 705mm
  • Tangki minyak 12 liter
  • Berat kasar 185kg