LS2 STORM III (FF818): Helmet harian dalam bandar dan touring lebuh raya

LS2 STORM III (FF818)

Topi keledar kedua jenama LS2 yang akan masuk Malaysia ialah STORM III yang dicipta untuk penunggang motosikal harian dalam kawasan bandar dan di lebuh raya.

Harga jualan untuk topi keledar LS2 FF818 STORM III di Malaysia bermula daripada RM788 seunit.

PERINCIAN LS2 FF818 STORM III

HARGA

  • Harga diumumkan terbahagi mengikut warna iaitu RM788 untuk kosong/tiada corak (plain) dan RM799 untuk topi keledar dengan corak.

WARNA

  • Ada dua jenis pilihan warna topi keledar iaitu solid (plain) dan bercorak (ada liveri dan corak).
  • Hanya tiga warna solid (plain) disediakan untuk Storm III. Untuk jenis bercorak, Storm III ada 14 pilihan.

 

SAIZ

LS2 STORM III ada tiga saiz cengkerang seperti berikut:

  1. 2XS dan S
  2. M dan L
  3. XL hingga 3XL

BERAT

  • Topi keledar LS2 STORM III jenis muka penuh (full face) yang diperbuat daripada material KPA (Kinetic Polymer Alloy) dan beratnya ialah 1,600 (±50 g).

HOMOLOGASI

  • Memenuhi standard ECE 22.06