ARIIC GOBI 250: Skuter adventure paling berbaloi dalam kelas 250cc? Anggaran harga RM14,388

ARIIC GOBI 250 (atau XGOBI 250) ialah satu lagi model skuter baharu yang akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia selain ARIIC TOUCH 250.

GOBI 250 dan TOUCH 250 akan mengembangkan produk ARIIC di Malaysia menjadi tiga model skuter selepas ARIIC 318GT.

Harga badan untuk ARIIC GOBI 250 adalah lebih mahal berbanding TOUCH 250 iaitu dianggarkan sebanyak RM14,388 seunit.

Ini kerana GOBI dilengkapi beberapa komponen berbeza berbanding TOUCH. Ini termasuk bar pelindung (crash bar), fork USD dan rim multi-jejari (spokes).

Melihat pada perbezaan pada komponen di atas, nampaknya GOBI 250 adalah skuter yang mendukung karakter kembara atau adventure. ARIIC TOUCH 250 lebih bergaya premium bandar.

Ini pula ada perincian untuk skuter ARIIC GOBI 250:

SPESIFIKASI ARIIC GOBI 250

  • Enjin jenis silinder tunggal 249cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
  • Kuasa maksimum 22.5hp (16.5kW) @ 7,500rpm
  • Tork maksimum 23.5Nm @ 5,000 rpm
  • Sistem transmisi CVT automatik dengan pacuan tali sawat
  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • Menggunakan sistem kemasukan pintar tanpa kunci (smart keyless)
  • Ada kamera perakam (dashcam) di bahagian hadapan
  • Meter TFT berwarna sebesar 7 inci dan menyokong fungsi mirroring navigasi menggunakan sambungan Bluetooth
  • Ruang simpanan bawah pelana boleh memuatkan topi keledar muka penuh
  • Penghadang angin boleh laras 2 tahap secara manual
  • Fork teleskopik USD dan set absober berkembar belakang masing-masing menawarkan jarak travel 80mm
  • Sistem brek cakera tunggal depan (240mm) dan belakang, ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
  • Dilengkapi ciri Kawalan Cengkaman (Traction Control)
  • Tangki minyak 12.5 liter
  • Tayar depan 110/80 – 14
  • Tayar belakang 130/70 – 13
  • Panjang 1,980mm
  • Lebar 770mm
  • Tinggi 1,315mm
  • Jarak antara roda 1,430mm
  • Tinggi tempat duduk 780mm
  • Berat kasar 176kg