QJMOTOR 450 RR: Sportbike kategori 450cc enjin 4-silinder sebaris tapi harga badan RM25,888

qjmotor srk 450 rr

QJMOTOR Malaysia akan menawarkan sportbike suku liter QJMOTOR SRK 450 RR ke pasaran tempatan, sekali gus menjadi jentera sport kelima mereka di Malaysia.

Acara pelancaran QJMOTOR 450 RR sudah diadakan di China termasuk mengumumkan harga badannya iaitu RM25,888 seunit.

QJMOTOR SRK 450 RR dilancarkan serentak bersama siri skuter ATX 250 & ATX 250 X, sportbike SRK 250 RD dan naked bike SRK 921.

senarai harga motosikal qjmotor srk 250 rd, srk 450 rr, qjmotor atx 250 dan atx 250 x

Berikut ialah perincian tentang sportbike QJMOTOR SRK 450 RR:

  • Ada tiga warna pilihan iaitu merah, hitam dan kelabu
  • Enjin 4-silinder sebaris 421cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan menggunakan sistem suntikan bahan api.
  • Gerek x lejang: 57mm x 41.2mm
  • Kuasa maksimum: 57kW (76.4hp) @ 14,000rpm
  • Tork puncak 39Nm @ 13,000rpm
  • Kotak gear 6-kelajuan klac manual
  • Fork depan jenis teleskopik terbalik (USD) dan belakang menggunakan absober tunggal (monoshock)
  • Brek depan jenis cakera berkembar 300mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Brek belakang cakera tunggal 240mm, ada juga ABS
  • Saiz tayar depan: 120/70 ZR16
  • Saiz tayar belakang 160/70 ZR16
  • Berat kering 176kg
  • Tinggi tempat duduk 808mm
  • Panjang 2,020mm
  • Lebar 755mm
  • Jarak roda 1,385mm
  • Jarak bumi  150mm
  • Tangki minyak 16.5 liter
  • Ada kamera dashcam depan-belakang
  • Ada winglet
  • Ada soket USB Type-A dan Type-C