Honda BeAT dapat tambahan 2 warna baru, harga badan dari RM6,090

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan tawaran dua warna baru untuk skuter asas Honda BeAT yang menjadikan jumlah warna meningkat kepada empat pilihan.

Dua warna baru itu ialah Black dan White. Dua warna sedia ada iaitu Matte Silver (kelabu) dan Green (hijau) masih tetapi ditawarkan.

WARNA HONDA BEAT BARU

BERAPA HARGA HONDA BEAT (2025)?

  • Harga badan untuk Honda BeAT (2025) ialah RM6,090 dan ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
  • Model ini boleh didapat di semua cawangan Honda IMPIAN X dan pengedar sah BSH bermula 20 September 2025.

SPESIFIKASI HONDA BEAT (2025)

  • Enjin silinder tunggal 110cc SOHC 2-injap  eSP dengan sejukan udara dan suntikan bahan api (PGM-FI).
  • Gerek & lejang : 47mm x 63.1mm
  • Nisbah mampatan : 10.0 : 1
  • Kuasa maksimum : 6.5kW @ 7,500 rpm
  • Tork Maksimum : 9.5Nm @ 6,000 rpm
  • Transmisi automatik CVT
  • Tangki minyak: 4.2 liter
  • Sistem penghidup: Butang pemula elektrik
  • Frem: eSAF (Enhanced Smart Architecture Frame)
  • Fork depan Teleskopik, absober belakang monoshock
  • Tayar depan: 80/90-14
  • Tayar belakang: 90/90-14
  • Brek depan jenis cakera tunggal
  • Brek belakang jenis dram
  • Panjang: 1,876mm
  • Lebar: 669mm
  • Tinggi: 1,080mm
  • Jarak Roda: 1,255mm
  • Tinggi tempat duduk: 742mm
  • Jarak bumi : 148mm
  • Berat kasar: 88kg

KOLEKSI GAMBAR HONDA BEAT (2025)