Selain model sports Honda CBR500R 2024 dan model naked Honda CB500F 2024, pasaran USA baru-baru ini turut menerima pelancaran rasmi model adventure Honda NX500 2024. Model berkenaan kini tampil berwajah baharu, dan ianya merupakan kesinambungan kepada model terdahulu Honda CB500X. Hanya satu pilihan warna yang tersedia iaitu Matte Black Metallic.
Harga jualannya pula ditawarkan sebanyak $7,399.00 (RM 35,001.38). Sama seperti CBR500R dan CB500F, NX500 juga dilengkapi enjin 471cc dengan janaan 47hp dan tork 43Nm. Untuk paparan lebih banyak gambar-gambar menarik, anda boleh melihatnya di sini. Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan Honda NX500 ini juga akan dilancarkan oleh pihak Boon Siew Honda.





