Jika di pasaran Malaysia, Yamaha RX-Z 135 begitu dikenali dan kekal popular sehingga kini. Bagaimanapun jika ada yang bertanyakan mengenai model Yamaha RZ-X 135, tentu ramai yang tertanya-tanya model motosikal apakah yang dimaksudkan itu.
Berdasarkan sedikit sebanyak maklumat yang ada, Yamaha RZ-X 135 dikatakan pernah berada di pasaran Taiwan. Reka bentuknya sama seperti model Yamaha RX-Z 135, anda boleh melihat gambar-gambar model tersebut di dalam galeri seperti di bawah.
Merujuk kepada gambar-gambar tersebut, Yamaha RZ-X 135 dalam dua pilihan warna itu dikatakan keluaran tahun 1991, dan terdapat grafik perkataan di badannya seperti ‘Sport Production’, ‘Unity of Man and Machine’, ‘Elementalism’ dan ‘2 Stroke-Power’.
Spesifikasi teknikal Yamaha RZ-X 135 pastinya sama seperti mana yang dimiliki oleh model Yamaha RX-Z 135, iaitu dikuasakan enjin dua lejang bersesaran 133cc dengan hamburan kuasa dan tork yang padu, seterusnya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.