Selepas model Honda RS-X, Boon Siew Honda kini turut menawarkan Pakej Merdeka 2023 untuk model skuter Honda Vario 125 dan Honda Vario 160. Pakej bayaran ansuran istimewa itu tersedia di semua pengedar Honda Impian X di Semenanjung Malaysia, bermula 7 Julai sehingga 3 September 2023.
Bagi model Honda Vario 125, harga jualannya ditawarkan sebanyak RM 9,000.00 OTR, dengan bayaran pendahuluan RM 900.00. Tempoh bayaran ansuran bulanan yang tersedia ialah 36 bulan, 48 bulan dan 60 bulan, masing-masing dengan bayaran bulanan berjumlah RM 293.00, RM 236.00 dan RM 203.00.
Honda Vario 160 pula ditawarkan pada harga RM 12,200.00 OTR untuk pilihan warna Sword Silver Metallic, Pearl Nightfall Blue dan Vivacity Red. Bagi pilihan warna Mat Charcoal Grey Metallic, harganya ialah sebanyak RM 12,500.00 OTR. Bayaran pendahuluan masing-masing RM 1,220.00 dan RM 1,250.00.
Tempoh bayaran bulanan juga selama 36 bulan, 48 bulan dan 60 bulan. Bagi Honda Vario 160 dengan tiga pilihan warna, jumlah bayaran bulanannya ialah RM 397.00, RM 320.00 dan RM 275.00. Bagi pilihan warna Mat Charcoal Grey Metallic, bayaran bulanannya ialah RM 406.00, RM 328.00 dan RM 281.00.
Pakej Merdeka 2023 ditawarkan oleh Boon Siew Honda dengan kerjasama Chailease dan Parkson Credit, sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2023 yang bakal tiba pada tarikh 31 Ogos 2023. Untuk anda yang berminat, tempah segera sebelum tawaran ini berakhir pada tarikh 3 September 2023.