Selepas model Zontes M125 2022, pasaran Eropah (Sepanyol) kini diperkenalkan pula dengan model skuter terbaharu Zontes D125 2023. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik, model tersebut ditawarkan dengan harga € 3,787.00.
Zontes D125 dilengkapi enjin bersesaran 124.7cc (single cylinder, 4 valves, liquid cooled) dengan gandingan transmisi automatik, dan menghasilkan kuasa maksimum 14.55hp @ 8,250rpm dengan tork maksimum 12.8Nm @ 6,500rpm.
Spesifikasi dan ciri-ciri lain yang melengkapinya ialah seperti fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS dua saluran, tayar bersaiz 100/80-R14 (depan) dan 120/70-R14 (belakang), tinggi pelana 748 mm, tangki bahan api 12 liter, dan berat kering pada angka 148 kg.
Sebagai sebuah model skuter yang serba moden, Zontes D125 turut dilengkapi sistem kunci keyless, handlebar boleh laras dengan butang kawalan backlit, skrin penghadang angin boleh laras elektrik, dan dua soket pengecas USB QC3.0 (fast charging).
Spesifikasi standard lain termasuklah sistem lampu LED, panel instrumen digital berwarna TFT LCD dengan ciri sambungan ke telefon, dan sensor tekanan dan suhu tayar untuk meningkatkan lagi keselesaan dan ciri keselamatannya.