Honda EM1 e: 2023 diperkenalkan di pasaran Jepun

Pada tarikh 19hb. Mei 2023 baru-baru ini, Honda telah memperkenalkan sebuah model skuter elektrik terbaharu untuk pasaran Jepun. Ianya diberi nama Honda EM1 e: 2023, dan mempunyai dua pilihan warna Digital Silver Metallic dan Pearl Sunbeam White.

Untuk pasaran Jepun, Honda EM1 e: akan berada di pasaran secara rasmi mulai tarikh 24hb. Ogos 2023 akan datang. Harga jualannya ditawarkan sebanyak 299,200.00 Yen, iaitu bersamaan nilai RM 9,737.35 berdasarkan kadar tukaran mata wang semasa.

Sebagai sebuah model skuter elektrik, Honda EM1 e: dilengkapi bateri Honda Mobile Power Pack e:, yang mengambil masa kira-kira 6 jam untuk dicas dari sifar sehingga penuh. Jarak perjalanannya pula dikatakan mencapai sejauh 53 km untuk sekali cas.

Dari segi kuasa yang dihasilkan oleh bateri dan motor elektrik, ianya berada pada paras maksimum 2.3PS, dengan tork maksimum 90Nm. Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum ada maklumat sama ada ianya juga akan dilancarkan oleh Boon Siew Honda.