Di pasaran India, Yamaha Aerox 155 2023 kini dilengkapi ciri terbaharu Traction Control System (TCS), untuk prestasi yang lebih baik dalam semua keadaan jalan raya.
Selain itu, enjinnya juga kini telah dinaik taraf dan boleh menggunakan bahan api serasi piawaian E20 yang terbukti lebih bersih dan dapat mengurangkan pelepasan karbon.
Pada masa yang sama, model tersebut juga kini dilengkapi ‘on-board diagnostics (OBD-II) System’, lampu hazard, dan pilihan warna baharu yang lebih menarik iaitu Silver.
Tiga warna lain yang ditawarkan sebelum ini ialah Metallic Black, Racing Blue dan Grey Vermillion. Harga jualannya pula ditetapkan sebanyak ₹ 142,800.00 (RM 7,674.97).
Yamaha Aerox 155 2023 dilengkapi enjin 155cc (liquid cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve) dengan VVA, dan menawarkan 15PS @ 8,000rpm dengan tork 13.9Nm @ 6,500rpm.
Ciri-ciri menarik lain termasuklah Smart Motor Generator System, Stop & Start System, tangki petrol 5.5 liter, brek cakera depan dengan ABS, dan juga Yamaha Y-Connect.
Artikel berkaitan :
-
Yamaha Aerox 155 2021 dilancarkan di pasaran India, harga jualan bermula dari RM 7,324.77
-
Skuter Yamaha Aerox 155 2022 di pasaran India terima warna baharu Metallic Black