Yamaha YZF-R15 V4 2023 terima skim warna baharu Intensity White di pasaran India

Dalam bulan Februari 2023 yang lepas, model sport bike Yamaha YZF-R15 V4 2023 di pasaran India telah menerima warna baharu Dark Knight yang tampil begitu sporty.

Terkini pada tarikh 07hb. April 2023 baru-baru ini, model tersebut didatangkan pula skim warna terbaharu Intensity White yang kelihatan lebih menarik dan lebih menyerlah.

Pilihan warna tersebut sebenarnya adalah sama dengan pilihan warna yang sebelum ini diperkenalkan untuk model Yamaha YZF-R7 2023, yang ditawarkan di pasaran USA.

Selain itu, Yamaha YZF-R15 V4 2023 di pasaran India turut ditawarkan dengan dua lagi pilihan warna yang tidak kurang menariknya iaitu Metallic Red dan Racing Blue.

Harga yang ditetapkan pula adalah sebanyak ₹ 180,900.00 (RM 9,719.64) untuk pilihan warna Metallic Red, dan ₹ 181,900.00 (RM 9,773.37) untuk pilihan warna yang lain.

Yamaha YZF-R15 V4 2023 kekal dikuasakan enjin bersesaran 155cc (Liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve) yang dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan.

Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 18.4PS @ 10,000rpm dengan tork maksimum 14.2Nm @ 7,500rpm. Model dengan berat 141 kg itu mempunyai tangki petrol 11 liter.

Model sport bike tersebut seterusnya dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch, Traction Control System, ABS Dual Channel, panel meter digital, dan Yamaha Y-Connect.