Aveta Malaysia Sdn. Bhd. pada hari ini secara rasmi melancarkan sebuah model skuter adventure terbaharu untuk pasaran tempatan, iaitu Aveta VADV150 Hybrid 2023.
Menurut Aveta, model tersebut merupakan model hibrid pintar dengan sistem DVR yang pertama di pasaran Malaysia, dengan reka bentuk bergaya dan teknologi yang terkini.
Aveta VADV150 Hybrid dikuasakan enjin 149cc (4-valves, SOHC, liquid-cooled, hybrid) dengan kuasa maksimum 16.2hp @ 8,500rpm dan tork puncak 14.6Nm @ 6,500rpm.
Tangki bahan apinya berkapasiti 9.3 liter untuk jarak perjalanan yang lebih jauh. Untuk keselamatan, ianya dilengkapi sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS.
Aveta VADV150 Hybrid juga dilengkapi Adaptive Front Light System (AFS), yang boleh melaraskan pancaran cahaya lampu secara automatik mengikut situasi tunggangan.
Selain itu, panel meter TFT 7.0 inci dengan speedometer TBOX menawarkan informasi yang jelas dan komprehensif. Keyless Smart Lock & Adaptive Start-Stop juga tersedia.
Paling menarik pastinya sistem kamera DVR yang dipasang pada bahagian depan dan belakangnya. Untuk mengecas telefon bimbit, terdapat kemudahan pengecas USB.
Aveta VADV150 Hybrid 2023 ini tampil dengan tiga pilihan warna menarik Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby, dengan harga jualan asas sebanyak RM 13,980.00.
Untuk ketenangan minda pemiliknya, model skuter yang bertaraf EEV dengan piawaian emisi Euro 4 itu menawarkan jaminan selama 2 tahun atau sehingga jarak 20,000 km.