Web Analytics
Aveta VS110 DB 2022 kini di pasaran Malaysia, dilengkapi enjin 114cc dan sistem brek cakera depan – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Aveta VS110 DB 2022 kini di pasaran Malaysia, dilengkapi enjin 114cc dan sistem brek cakera depan

Sejak beberapa bulan yang lepas, pengeluar motosikal tempatan Aveta telah melancarkan sebuah model kapcai terbaharu, dikenali dengan nama Aveta VS110 DB 2022. Model tersebut didatangkan dengan tiga pilihan warna, dan dikuasakan enjin empat lejang 114cc dengan sistem sejukan udara dan sistem penyampaian bahan api karburetor. Enjin itu dipadankan kotak gear empat kelajuan.

Aveta VS110 DB menawarkan kuasa maksimum 8.7hp @ 8,000rpm dengan tork 9Nm @ 5,500rpm. Tangki bahan apinya pula hadir dengan kapasiti maksimum 4.0 liter. Spesifikasi lain termasuklah fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, sistem brek cakera depan dan brek belakang dram, dan tayar depan dan belakang masing-masing dalam ukuran 70/90-R17 dan 80/90-R17.

Apa yang menariknya mengenai model kapcai terbaharu Aveta VS110 DB ini ialah penampilannya yang sporty dan mirip model moped popular Honda RS150R. Soket pengecas USB turut disediakan untuk kemudahan mengecas telefon bimbit sewaktu dalam perjalanan. Harga jualannya pula hanya sekitar RM 4,000.00++ sahaja, boleh dikatakan berpatutan dengan apa yang ditawarkan olehnya.

Sumber gambar : Ng Brothers & Sons Motor FB & QJ Motor HP Loan FB

 
Arena Motosikal © 2023