Web Analytics
SYM VF3i 185 V2 2021 kini tampil dengan skim warna baharu yang lebih sporty – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

SYM VF3i 185 V2 2021 kini tampil dengan skim warna baharu yang lebih sporty

Menurut sumber maklumat daripada wakil pengedar sah SYM Malaysia, model moped SYM VF3i 185 V2 2021 kini tampil dengan skim pilihan warna baharu yang lebih sporty. Ketiga-tiga pilihan warna baharu itu mengekalkan skim warna Biru, Merah dan Emas, yang kemudiannya digabungkan dengan jalur grafik terbaharu yang lebih menyerlah.

SYM VF3i 185 V2 2021 masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti model SYM VF3i 185 V2 2019/2020, iaitu dikuasakan enjin 183cc dengan kuasa maksimum 17.7hp @ 8,500rpm dan tork puncak 15.3Nm @ 7,000rpm. Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan yang lancar, bersama-sama klac tangan manual.

Ciri-ciri menarik yang melengkapi model tersebut termasuklah sistem lampu LED, panel meter bergaya gabungan di antara digital dan analog, brek cakera depan besar dengan diameter 250mm, brek cakera belakang, dan tangki bahan api dengan kapasiti penuh 7 liter yang sangat sesuai untuk perjalanan jarak jauh tanpa perlu kerap mengisi petrol.

Setakat ini di pasaran Malaysia, SYM Malaysia turut menawarkan model SYM VF3i 185 Pro dan SYM VF3i 185 LE, yang mana kedua-duanya dilengkapi enjin dengan prestasi yang lebih tinggi dan sistem brek dengan kelengkapan ABS. Untuk maklumat yang lebih tepat, anda boleh kunjungi cawangan pengedar sah SYM Malaysia yang berhampiran.

 
Arena Motosikal © 2023