Web Analytics
Honda RS150R V2 kini berbaloi dimiliki, harga turun ke paras terendah RM 7,350.00 OTR – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Honda RS150R V2 kini berbaloi dimiliki, harga turun ke paras terendah RM 7,350.00 OTR

Honda RS150R V2 diperkenalkan di pasaran tempatan pada tarikh 06hb. Januari 2020 yang lalu, bagi menggantikan model Honda RS150R V1 yang dilancarkan pada tahun 2016. Sewaktu diperkenalkan, harga jualan asas yang ditetapkan untuk Honda RS150R V2 adalah seperti berikut, dan tersedia dalam empat pilihan warna yang menarik :

  • 2020 Honda RS150R V2 (Trico, Black & Blue) : RM 8,199.00
  • 2020 Honda RS150R V2 (Repsol Edition) : RM 8,499.00

Ketika ini Honda RS150R V2 masih lagi dijual di pasaran tempatan, dan berita baiknya ialah harga jualannya kini berada pada paras yang cukup berpatutan, mampu milik dan sangat berbaloi untuk dimiliki. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, harga jualan terkini untuk Honda RS150R V2 kini mencapai paras terendah hanya RM 7,350.00 sahaja.

Harga yang disebutkan itu ialah harga untuk pembelian secara tunai, iaitu harga di atas jalan (OTR) termasuk perlindungan insuran komprehensif (first party). Bagaimanapun untuk makluman, bagi mendapatkan harga serendah itu, anda perlu melakukan tinjauan sendiri di banyak kedai motosikal, kerana harga di antara setiap kedai adalah berlainan.

Kebanyakan kedai-kedai motosikal yang ditemui menawarkan harga jualan tunai untuk Honda RS150R V2 pada paras di bawah RM 8k, iaitu di antara RM 7,300.00 sehingga RM 7,900.00, namun pada masa yang sama masih terdapat kedai-kedai motosikal lain yang menetapkan harga jualan tunai di atas RM 8k sehingga menjangkau RM 9k.

Untuk anda yang telah dan mungkin bakal memiliki sebuah model Honda RS150R V2 pada harga di bawah paras RM 7,500.00 selepas ini, sememangnya beruntung kerana model tersebut tampil dengan gaya dan reka bentuk yang cukup sporty. Enjinnya juga cukup berkuasa, di samping kelengkapan spesifikasi dan ciri-ciri yang serba lengkap.

Setakat ini berdasarkan jangkaan awal, pengeluaran Honda RS150R V2 mungkin akan dihentikan tidak lama lagi, bagi memberi laluan kepada model baharu Honda Winner X atau lebih dikenali sebagai Honda RS150R V3. Mungkin inilah peluang yang ada untuk memiliki sebuah model moped pada harga yang tidak pernah kita semua jangkakan.

 
Arena Motosikal © 2023