Model skuter ADV terbaharu Lifan KPV150 2021 kini di pasaran China, harga bermula dari RM 8,100.11

Pada bulan September 2020 yang lepas, Lifan telah melancarkan sebuah model skuter terbaharu dalam kategori Adventure (ADV), yang dikenali dengan nama Lifan KPV150 2021. Untuk pasaran China, model tersebut ditawarkan pada harga CNY 12,980 untuk varian Standard (RM 8,100.11) dan CNY 14,980 untuk varian ABS (RM 9,348.20).

Sebagai sebuah model skuter dalam segmen ADV, Lifan KPV150 dikatakan mempunyai keupayaan untuk meneroka laluan off-road yang mencabar, di samping perwatakannya yang cemerlang untuk kegunaan di dalam bandar. Selain itu, Lifan KPV150 mempunyai penampilan yang menarik, enjin yang berkuasa dan cekap serta pelbagai ciri moden.

Lifan KPV150 dikuasakan enjin bersesaran 149.3cc (single-cylinder, water-cooled, four-stroke) dengan sistem suntikan bahan api elektronik, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 12hp (9.0kW) @ 8,500rpm dengan tork puncak 11.8Nm @ 5,500rpm. Skuter dengan berat 143 kg (net weight) itu mampu mencapai kelajuan maksimum 93 km/j.

Dengan tangki bahan api berukuran 11 liter, Lifan KPV150 dikatakan mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 400 km. Model tersebut juga dilengkapi pelbagai ciri-ciri yang menarik seperti sistem Auto Start-Stop, panel meter digital LCD, dua port pengecasan iaitu USB dan 12V, sistem lampu LED dan windshield dengan ciri boleh dilaraskan.

Selain itu ianya juga dilengkapi fork depan USD, suspensi belakang monoshock, sistem brek ABS (varian ABS), tayar all-terrain depan dan belakang berukuran 100/80-14 dan 120/70-14, ketinggian tempat duduk 765 mm dan jarak kelegaan bumi 180 mm. Setakat ini Lifan KPV150 dikatakan akan turut ditawarkan di pasaran global mulai tahun 2021.

Artikel menarik minggu ini :