Kawasaki Ninja 650 2021 diperkenalkan untuk pasaran Jepun, tampil dengan dua pilihan warna terbaharu

Untuk pasaran domestik Jepun, Kawasaki baru saja memperkenalkan model Ninja 650 2021 yang kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu iaitu Lime Green / Ebony / Pearl Blizzard White (KRT Edition) dan Metallic Spark Black / Metallic Imperial Red.

Model sport bike kelas pertengahan itu akan berada di pasaran domestik Jepun secara rasmi mulai tarikh 01hb. Februari 2021, dengan tanda harga yang ditetapkan sebanyak 902,000 Yen (bersamaan RM 35,141.89 mengikut kadar mata wang semasa).

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di dalam laman sesawang Kawasaki Jepun, Ninja 650 2021 hanya menerima perubahan warna sahaja. Ini bermakna model tersebut masih mengekalkan spesifikasi teknikal sama seperti mana model tahun sebelumnya.

Antaranya ialah enjin yang bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan padanan transmisi enam kelajuan. Keluaran kuasa maksimum enjin tersebut mencapai 68PS @ 8,000rpm dengan tork puncak 63Nm @ 6,700rpm.

Melengkapkan lagi spesifikasinya ialah panel instrumen digital TFT berwarna, sistem sambungan telefon pintar, lampu depan LED, Assist & Slipper Clutch, Horizontal Back-link Rear Suspension, teknologi Dual Throttle Valves dan sistem brek dengan ABS.

Model tersebut juga dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti 15 liter, mempunyai ketinggian tempat duduk 790 mm dan berat 194 kg. Menurut Kawasaki, Ninja 650 2021 untuk pasaran Jepun dipasang di kilang mereka yang terletak di negara Thailand.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?