Honda CBR250RR 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 25,999.00 sahaja

Boon Siew Honda (BSH) hari ini secara rasminya melancarkan model sport bike yang selama ini ditunggu-tunggu – Honda CBR250RR 2021. Model tersebut didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Winning Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CBR250RR 2021 ditawarkan pada harga asas hanya RM 25,999.000 sahaja, pastinya mengejutkan ramai peminat dunia motosikal tempatan. Sebelum ini ramai yang menjangkakan harga motosikal tersebut mencecah RM 30k.

Seperti mana kita semua sedia maklum, Honda CBR250RR 2021 hadir dengan jumlah kuasa maksimum 41PS @ 13,000rpm dan tork maksimum 25Nm @ 11,000rpm, walau pun hanya berbekalkan enjin bersesaran 249cc dengan konfigurasi dua silinder. Kelajuan maksimumnya (top speed) pula dikatakan hampir mencapai angka 180 km/j.

Sebagai sebuah jentera sport bike yang bertaraf perlumbaan, Honda CBR250RR 2021 dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch, Quick Shifter dan sistem Throttle-By-Wire yang telah dioptimumkan ketepatan maklumbalasnya. Suspensi depannya pula telah ditala untuk pengendalian yang lebih baik di kawasan bandar mahu pun di litar.

Untuk tahap keselamatan yang lebih baik, sistem brek Honda CBR250RR 2021 hadir dengan kelengkapan ABS. Dengan pelbagai kelengkapan moden dan canggih serta enjin yang berkuasa, Honda CBR250RR 2021 pastinya sangat berbaloi untuk dimiliki.

Spesifikasi teknikal :

  • 4-Stroke, 8-Valve, Parallel Twin
  • Engine Capacity : 249.7cc
  • 41hp @ 13,000rpm
  • 25Nm @ 11,000rpm
  • LCD Display @ Gear Position
  • Gear Shift 1-N-2-3-4-5-6
  • Throttle-By-Wire System
  • Quick Shifter Up/Down
  • 3 Riding Mode (Comfort/Sport/Sport+)
  • Headlight : LED DRL
  • Taillight : LED
  • Upside Down Front Fork
  • Braking System : Dual Channel ABS
  • Assist/Slipper Clutch
  • Fuel Tank : 14.5L
  • Front Tyre : 110/70-R17
  • Rear Tyre : 140/70-R17
  • Seat Height : 790 mm
  • Curb Weight : 168 kg

Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?