Yamaha MT-15 2020 dilancarkan di pasaran Thailand dengan tiga pilihan warna terbaharu

Dalam bulan Julai yang lalu, Yamaha MT-15 2020 telah diperkenalkan di pasaran Thailand dengan pilihan warna tunggal istimewa Turquoise Colour. Terkini pada tarikh 06hb. November yang lepas, model naked tersebut didatangkan pula dengan tambahan tiga pilihan warna terbaharu yang menarik iaitu kelabu hitam, biru dan hitam.

Untuk pasaran Thailand, Yamaha MT-15 2020 ditawarkan pada harga 98,500 THB, bersamaan RM 13,410.30 mengikut kadar semasa. Ianya dilengkapi enjin empat lejang 155cc VVA (Single Cylinder, SOHC, 4-valve, Liquid Cooled) dengan transmisi enam kelajuan, yang kemudiannya digandingkan dengan sistem Assist & Slipper Clutch.

Berkenaan jumlah keluaran kuasa enjin, tiada maklumat yang dipaparkan di dalam laman sesawang Yamaha Motor Thailand. Namun begitu untuk pasaran Indonesia, Yamaha MT-15 menawarkan kuasa maksimum 19hp @ 10,000rpm dengan tork 14.7Nm @ 8,500rpm, sudah mencukupi untuk motosikal dengan berat basah 133 kg itu.

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha MT-15 2020 telah disahkan akan berada di pasaran tempatan mulai bulan November 2020. Sebelum ini ianya telah diperkenalkan secara rasmi sewaktu pelancaran Yamaha MT-25 dalam bulan September 2020 baru-baru ini. Jangkaan harganya pula tidak jauh berbeza dengan harga di pasaran Thailand.

(Visited 3,706 times, 1 visits today)