Triumph Trident 660 2021 diperkenalkan, harga bermula dari £7,195.00

Model terbaharu Triumph Trident 660 2021 rasmi diperkenalkan di pasaran UK, pada harga bermula dari £7,195.00 (bersamaan RM 38,680.74 mengikut kadar tukaran semasa). Model berkenaan didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Silver Ice & Diablo Red, Matt Jet Black & Matt Silver Ice, Crystal White dan Sapphire Black.

Triumph Trident 660 dikuasakan enjin bersesaran 660cc (liquid-cooled, 12 valve, DOHC, inline 3-cylinder) dengan transmisi enam kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 81PS @ 10,250rpm dengan tork puncak 64Nm @ 6,250rpm. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 14 liter, dengan berat motosikal 189 kg (wet weight).

Suspensi depannya ialah ‘Showa 41mm upside down separate function forks (SFF)’, manakala suspensi belakangnya ialah ‘Showa monoshock RSU, with preload adjustment’. Sistem brek daripada Nissin terdiri daripada cakera depan berkembar 310 mm dan cakera belakang tunggal 255 mm, lengkap dengan sistem ABS dua saluran.

Triumph Trident 660 turut dilengkapi sistem assist & slipper clutch, panel instrumen TFT berwarna pelbagai fungsi (with Accessory fit “My Triumph” Connectivity System), sistem lampu LED sepenuhnya, mod tunggangan Road dan Rain, ‘switchable traction control (integrated into the riding modes)’ dan sistem pendikit Ride by Wire.

Di bahagian roda, Triumph Trident 660 dilengkapi tayar Michelin Road 5 dalam siri 120/70-R17 (depan) dan 180/55-R17 (belakang). Ketinggian tempat duduk model naked tersebut berada pada paras 805 mm. Untuk pasaran UK, tempoh jaminan ditawarkan selama 2 tahun tanpa had perbatuan, dengan jarak selang servis 16,000 km.

Triumph Trident 660 2021 menawarkan ciri tunggangan yang sporty, lincah dan dinamik dengan bunyi ekzos triple yang unik. Penampilannya menonjolkan keaslian rekaan Bristih, dalam bentuk minimalis yang mempamerkan DNA sebenar Triumph. Model berkenaan turut disediakan 45 pilihan aksesori yang direka khusus untuknya.

(Visited 4,973 times, 1 visits today)