Benelli BN 251 model tahun 2020

Benelli BN 251 merupakan sebuah motosikal dalam segmen naked, dikuasakan enjin berkapasiti 249cc (single cylinder, 4 stroke, liquid cooled, 4 valves, double overhead camshaft) dengan padanan transmisi enam kelajuan. Enjin tersebut menjana kuasa maksimum 25.8hp @ 9,250rpm dengan tork maksimum pada 21.1Nm @ 8,000rpm.

Menurut Benelli, BN 251 merupakan antara motosikal entry level terbaik yang menawarkan tahap ekonomi bahan api cemerlang, prestasi yang tangkas dan corak tunggangan yang mudah. Ianya dilengkapi suspensi depan dengan fork up-side down 41mm dan lengan ayun belakang dengan penyerap hentak tengah, yang sentiasa bersedia untuk meredah pelbagai jenis permukaan jalan.

Sistem pemberhentian yang selamat pula mudah dilakukan dengan kehadiran brek cakera depan berdiameter 280mm dengan angkup 4 piston, dan di bahagian belakang terletak brek cakera 240mm dengan angkup piston tunggal. Rim aloi aluminium 17 inci seterusnya memperkemaskan lagi penampilan sporty BN 251 di samping menjadikan kawalan motosikal lebih mengagumkan.

Untuk musim 2020, Benelli menawarkan BN 251 dengan ABS dalam tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan putih.


Artikel Popular Minggu Ini :

Dayang ADV150 diilhamkan daripada model Honda ADV150, dilengkapi enjin lebih berkuasa dan kamera depan belakang

Pelancaran rasmi Honda ADV150 2021 dijangka pada bulan Februari depan, harga asas sekitar RM 14k

Penampilan baharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 apabila dipasangkan lampu depan (headlamp) Yamaha Exciter 150